Wednesday, September 30, 2009

ASAM GARAM POLITIK KITA DI SARAWAK ( Bahagian 2 )

Urang kita tok heran nar. Apa endaknya. Mun kecik ati, mudah nak nyokong pembangkang. Macam pembangkang tok udah berjasa ngannya. Perangei sidak tok macam nebiak - minta dipujuk. YB tok satu juak, minta dihormat. Sik dapatkah ibuh disebut YB. Ambik biasa aja, tunggah macam bahasa di kampung. Mun nya tua, tunggah aja Haji ka, Abang ka, Wa, Anjang ka. Mun nya biak agi, tunggah adik ka, Usu ka, baruklah mesra. Macam tok baruklah rakyat kawasan kita dapat bergaul, lalu madah ka masalah sidaknya. Macam ya baruklah YB – wakil rakyat. Wakil rakyat nang nulong rakyat. Masalah rakyat disalur kepada jabatan kerajaan, diembak dan dibincang dalam Dewan Undangan Negeri ataupun Dewan Rakyat untuk selesaikan. Tok sik, sesetengah wakil rakyat takut nak jengguk rakyat di kampung ngan rumah panjang. Maklum takut diminta projek, malas nak berjalan dan sesetengahnya kedekut nak ngeluar duit. Nak mukak pusat perkhidmatan pun banyaknya sik ada. Arap ngan sidak pengerusi parti kawasan ajak nak jaga kawasan. Kelak mun ada sidak kampung bising dikit, katanya sidak tok nak lawan perintah. Sidak tok pembangkang. Apa-apa projek diberi perintah melalui jabatan ngan agensi kerajaan ditahan ataupun disuruh tarik balit. Apa tok? Tok nak nyuruh urang lari nyokong kah? Sepatutnya beri ajak apa-apa projek yang nya dapat. Jangan suruh urang marah, lalu sik nyokong sidaknya. Urang pande berpikir bah. Mun wakil rakyat penyabar, mesra ngan nulong rakyat, sapa sik sayang YB. Saya tok pun sik mauk YB ya diganti. Eh! banyak cerita dah didengar dari rakyat tentang YB tok. Lain kali lah saya cerita agi. Ngantuk dah mata tok. Rehat, tidur dolok. Minta maaflah bukan nak nganok sapa-sapa. Tapi tok pengelaman saya.

Monday, September 28, 2009

ASAM GARAM POLITIK KITA DI SARAWAK

Sejak negeri kita Sarawak menyertai Malaysia, sebenarnya banyak pembangunan ngan kemajuan udah kita capai. Eboh dicerita panjang, sama-sama kita dah ndiatnya. Kita patut berterima kasih ngan kerajaan pimpinan dolok ngan kerajaan kinek tok. Dolok pendapatan negeri sik banyak, kuranglah dikit pembangunan. Tapi kinek tok pendapatan negeri banyak, banyak pembangunan udah dipolah perintah. Memang kita akui, sik semua tempat membangun dan maju sepenuhnya macam Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan lain-lain agi bandar di Sarawak. Ada yang mengeluh, katanya sejak 45 tahun menyertai Malaysia, kampung kamek sik da pa-pa. Masih jua sik da api letrik, air paip ngan jeraya. Eh! Masih beperauk masih berjalan kaki juak. Mun da duit lebih dikit, beli jenerater, dalah api letrik, mun sik da, pake api bateri ngan pelita ajalah. Air minum gia jua, minum air ujan. Mun musim kemarau, kering tangki air. Mun bini nak beranak tok, yarabi sakit benar rasa. Mun kena musim landas, sikla dapat nak keluar. Gelumbang besar. Mun air kering susah juak, perahu sik dapat dihulur. Yalah, kadang-kadang terpaksa beranak di kampung aja. Mun dikenang, susah hidup di kampung ngan rumah panjang tok, lebih-lebih agi mun nya jauh ari urang. Yalah, udah idup macam tok selama-lama tok, biasa dah rasanya.

Memang benar kata-kata sidak tok, tapi nelah perintah dapat meri pembangunan ngan kemajuan secara serentak ngan semua kawasan. Ada kawasan maju dikit dari yang lain. Mun kawasannya mauk dimasuk macam sidak ladang, dapatlah tanah sidak dimaju dan ditanam kelapa sawit. Macam sidak SALCRA ngan banyak agi ladang-ladang sidak swasta. Baruklah kawasan tok dapat masuk jeraya ngan lain-lain agi kemudahan.

Yalah, mun kita pikir panjang-panjang siklah kita tok susah gilak macam dolok. Kinek tok kita ada sekolah, semua anak kita bersekolah. Mun anak urang susah, kinek tok semuanya pree, sik berbayar. Malah diberi duit KWAMP- duit bantuan persekolahan nebiak. Buku pree, tes pun pree. Eh! Mun kira semua pree. Nang perintah kebajikan negeri kita tok. Udah tek, kesihatan kita pun pree. Bayar seringgit aja, mun kita pegi hospital perintah. Mun kita berkebun, sidak Jabatan Pertanian nulong kita. Beri sidak benih, baja, subsidi, termasuk tunjuk ajar. Mun kitak nelayan nangkap ikan, bantuan enjin, perengka tangkap ikan ngan subsidi diberi. Eh! Mun dikira semua diberi bah. Rumah kitak sik kena banjir pun diberi perintah bantuan banjir. Banyak sidak nipu macam ya. Bait gilak berintah tok. Yalah sebabnya kita tok terlalu manja dengan perintah. Mun sik diberi perintah bantuan, kita tok merajuk. Sik mauh sokong perintah, nak sokong pembangkang. Apa dah pembangkang beri ngan kitak. Belum ada. Baru cakap-cakap aja. Belum tentu sidak tok dapat mentadbir negeri. Bukan keja senang ya. Ada ijazah bukan ertinya pande jadi pemimpin. Kelak muflis negeri ngan negara kita. Sidak membangkang dolok pun banyaknya mendapat bantuan kerajaan. Tapi sidaknya sengaja sik ingat aja. Lebih-lebih agi kita tok banyak kaum. Bukan keja senang nak nyatu semua kaum tok. Setakat tok aja, lain masa kita sambung agi. Saya sik nak berhasrat nak tegur sapa-sapa, tapi kenyataannya memang macam tok. Oleh ya, sebelum kita molah apa-apa keputusan, fikir panjang-panjang lah dolok. Jangan dibelakang hari kita mendapat kerugian. Salam sejahtera.