Wednesday, September 30, 2009

ASAM GARAM POLITIK KITA DI SARAWAK ( Bahagian 2 )

Urang kita tok heran nar. Apa endaknya. Mun kecik ati, mudah nak nyokong pembangkang. Macam pembangkang tok udah berjasa ngannya. Perangei sidak tok macam nebiak - minta dipujuk. YB tok satu juak, minta dihormat. Sik dapatkah ibuh disebut YB. Ambik biasa aja, tunggah macam bahasa di kampung. Mun nya tua, tunggah aja Haji ka, Abang ka, Wa, Anjang ka. Mun nya biak agi, tunggah adik ka, Usu ka, baruklah mesra. Macam tok baruklah rakyat kawasan kita dapat bergaul, lalu madah ka masalah sidaknya. Macam ya baruklah YB – wakil rakyat. Wakil rakyat nang nulong rakyat. Masalah rakyat disalur kepada jabatan kerajaan, diembak dan dibincang dalam Dewan Undangan Negeri ataupun Dewan Rakyat untuk selesaikan. Tok sik, sesetengah wakil rakyat takut nak jengguk rakyat di kampung ngan rumah panjang. Maklum takut diminta projek, malas nak berjalan dan sesetengahnya kedekut nak ngeluar duit. Nak mukak pusat perkhidmatan pun banyaknya sik ada. Arap ngan sidak pengerusi parti kawasan ajak nak jaga kawasan. Kelak mun ada sidak kampung bising dikit, katanya sidak tok nak lawan perintah. Sidak tok pembangkang. Apa-apa projek diberi perintah melalui jabatan ngan agensi kerajaan ditahan ataupun disuruh tarik balit. Apa tok? Tok nak nyuruh urang lari nyokong kah? Sepatutnya beri ajak apa-apa projek yang nya dapat. Jangan suruh urang marah, lalu sik nyokong sidaknya. Urang pande berpikir bah. Mun wakil rakyat penyabar, mesra ngan nulong rakyat, sapa sik sayang YB. Saya tok pun sik mauk YB ya diganti. Eh! banyak cerita dah didengar dari rakyat tentang YB tok. Lain kali lah saya cerita agi. Ngantuk dah mata tok. Rehat, tidur dolok. Minta maaflah bukan nak nganok sapa-sapa. Tapi tok pengelaman saya.

No comments:

Post a Comment