Wednesday, November 18, 2009

Mana salah dan silap kita ?

Mungkin ada yang sependapat. Perintah madah ekonomi dunia meleset. Negara kita sama jua, terkena tempias. Permintaan CUEPAC nak naik gaji ngan bonus dua bulan untuk kakitangan perintah ditolak oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib kononnya bukan masa yang sesuai. Lalu diberinya bantuan RM500.00 untuk setiap kakitangan perintah gred 41 kebawah. Malangnya, sidak gred 44 keatas sik dapat. Kesian, melagus jua sidak tok. Tapi apa boleh buat.. udah macam ya keputusan perintah.

Keadaan ekonomi melecet, banyak juak urang kita tok dibuang kerja. Sapa nak beri makan anak bini? Nak beri belanja emak bapa di kampung ? Apalah nasib rakyat kita ? Yang hairan dan ajaibnya, sidak pendatang tok senang. Negara kita tok katanya ”syurga” – tempat sumber rezeki. Maka datanglah Indon, Bangla, Pilipin, eh! macam-macam agi. Ada yang hitam, ada yang choklat...... semuanya molah negara kita tok macam negara sidak. Urang kita diberhenti kerja.... urang datang diberi kerja. Diat aja di ladang-ladang sawit, di tempat-tempat pembinaan dan sebagainya, semua kerja diberi ngan sidak tok. Kata YB Lihan di persidangan DUN, kerja mudah jadi ”Jaga” pun diberi ngan sidak bangla. Ne urang kita bah. Sik patut urang kita sik tauk jadi ”Jaga”. Hilang maruah rakyat kita, katanya. Bukan nak nganok urang pendatang, sikda pun manusia, nak cari makan. Hari tok seribu urang diantar sidak imigresen pulang, esok tiga ribu sidak datang agi.

Apa sebenarnya masalah kita ? Tok patut kita tanya diri kita empun. Adakah kita tok sik pande molah kerja ? Sik ada kelayakan ? Kita suka jadi boss aja ? Sik mau kerja berkuli? Mungkin gaji kecik, sik cukup makan ? Ataupun sidak kompeni sik mau ngambik urang tempatan, takut dipinta gaji mahal ? Sidak pendatang, banyak yang mauk kerja walaupun diberi gaji murah. Bukan apa, kerana nak cari sesuap nasi.... maklum susah nak keluar kesine-sine kerana sikda pasport. Mun tertangkap dihantar pulang ke negara asal.

Yang kesiannya anak-anak kita tok. Banyak sidak tok mengganggur – sikda kerja. Susah-susah ati, minum arak cap apek ...cap rusa.... , hidu gam, akhir akhirnya hisap dadah. Mun nak dikata urang kita malas, sik mauk kerja berat, sik patut. Dolok, masa kem-kem balak banyak dibuka.. banyak urang kita kerja di kem-kem balak, ditengah utan tebal agi. Diam berbulan-bulan dalam hutan, sikda masalah.

Kerajaan patut pikir jualah. Kerja patut jua di beri ngan sidak ngikut pemande sidak. Mun nya sekolah setakat darjah enam, tok kerja ngan gaji sidaknya. Mun sidak tingkatan tiga ngan tingkatan lima, tok kerja ngan gaji sidaknya. Mun diploma ngan universiti tok kerja dan gajinya. Mun sidak dah kerja baru beri kursus ngan kemahiran. Semua tok boleh dibelajar. Mun dikira pemande, urang datang ya bukan semuanya pande. Kadang-kadang lebih teruk agi dari urang kita. Mun syarikat atau kompeni kita empun, tolong-tolonglah ambe urang kita empun bekerja. Berilah keutamaan ngan sidaknya. Sik patutlah negara kita makmur, syarikat ngan kompeni untung, rakyat tempatan sik dapat diberi gaji tinggi. Kongsilah nikmat kekayaan ngan rakyat kita empun. Jangan seumpama ”anak di rumah kebuluran, kera di hutan disusu-susukan”. Catatan tok bukan nak nganok mana-mana pihak. Minta maaflah mun nya nguris perasaan kitak. Tujuannya untuk kita fikir bersama. Sekian.

Sunday, November 8, 2009

Ertinya “anak negeri” mengikut Perlembagaan Persekutuan

Baru-baru tok kita heboh nengar kisah Marina Undau. Kesian Marina sik dapat masuk IPTA walaupun keputusan SPMnya cemerlang. Alasan sidak Kementerian Pelajaran di Putrajaya nulaknya tek kerana hal yang ada kaitan ngan erti ”anak negeri’ ataupun ”bumiputra”. Emak Marina berketurunan Cina. Bapanya berketurunan Iban Sarawak. Jadi apakah bangsa Marina ? Toklah mungkin menjadi pokok persoalan yang perlu dicari jawapannya.

Pagi tek sengaja nak bukak buku Perlembagaan Persekutuan, terbitan MDC Publishers Sdn. Bhd., edisi 2008. Mengikut buku perlembagaan, perkara 161A, (6), (a), berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam pasal (7) sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu.

Fasal (7) Ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak bagi maksud takrif ”anak negeri’ dalam pasal (6) ialah Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah ( termasuk Sabup dan sipeng ), Kajang ( termasuk ( termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong ada Kanowit, Lugat, Linsum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabut, Ukit.

Rakyat didahulukan

Kita patut bersyukur kerna perintah yang kita sama-sama sokong kinek tok nunai janjinya nulong rakyat. Toklah, sebenarnya harapan rakyat. Bukan juak retinya perintah selama tok sik nulong rakyat. Ada, tapi siklah sebanyak kali tok.

Mun kita pandang kebelakang, dolok ada berapa buah aja rumah PPRT. Rumah PPRT tok rumah dipolah perintah untuk rakyat miskin. Waktu iya sik banyak bah, dapat dikira jari. Oh! Kali tok banyak rumah PPRT diberi perintah ngan rakyat. Bukan rumah aja, ada air paip, elektrik ngan jamban tarit. Nang syukur enar dapat rumah macam iya. Boleh dikata selesa ngan kacak. Haraplah rakyat bersyukur ngan ngenang budi perintah. Bantuan tok, bukan diberi ngan orang melayu aja, semua kaum yang susah diberi. Kaum iban, bidayuh, cina, orang ulu ngan banyak agi, semua ditulong perintah. Sik kira bulu kata orang, semua ditulong perintah BN.

Baru-baru tok tek, menteri Datuk Seri Shafie Afdal ngumum melulus molah jeraya Kapit ngan Song. Jeraya tok mula dipolah tahun 2010, tahun depan lah. Suka ati sidak di Kapit ngan Song nengar berita tok. Lama dah sidak tok nunggu jeraya tok.

Buka iya aja, bekalan elektrik, bekalan air pun dah dirancang perintah disalur ke tempat-tempat yang belum ada kemudahan macam tok di luar bandar.

Eh! Mun dicerita panjang, banyak agi bantuan yang udah diberi perintah ngan rakyat. Hanya orang-orang jahil aja sik ingat, banyak perkara ditulong perintah ngan sidaknya.

Toklah antara maksud Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ” Gagasan 1Malaysia-Rakyat didahulukan”.

Rombakan Kabinet Baru Negeri Sarawak

Tahniah buat 6 orang ADUN yang telah dilantik sebagai menteri muda. Ada diantara sidaknya dah lama jadi wakil rakyat. Yalah bak sabar, kerja bagus, ada juak rezeki. Mintalah rakyat nyokong sidak. Bagus ne pun wakil rakyat mun sidak kerjasama ngan sokongan rakyat sida da apa-apa boleh dibuat. Semuanya kelak jadi cerita sik bagus. Biasalah orang kita, sik nampak nak bagus, jaik aja. Sekali agi tahniah YB John Sikie, YB Mong Dagang, YB Datuk Talib, YB Wahab Aziz, YB Peter Nansian ngan YB Dr. Stephen Rundi. Semoga maju jaya.

Wednesday, September 30, 2009

ASAM GARAM POLITIK KITA DI SARAWAK ( Bahagian 2 )

Urang kita tok heran nar. Apa endaknya. Mun kecik ati, mudah nak nyokong pembangkang. Macam pembangkang tok udah berjasa ngannya. Perangei sidak tok macam nebiak - minta dipujuk. YB tok satu juak, minta dihormat. Sik dapatkah ibuh disebut YB. Ambik biasa aja, tunggah macam bahasa di kampung. Mun nya tua, tunggah aja Haji ka, Abang ka, Wa, Anjang ka. Mun nya biak agi, tunggah adik ka, Usu ka, baruklah mesra. Macam tok baruklah rakyat kawasan kita dapat bergaul, lalu madah ka masalah sidaknya. Macam ya baruklah YB – wakil rakyat. Wakil rakyat nang nulong rakyat. Masalah rakyat disalur kepada jabatan kerajaan, diembak dan dibincang dalam Dewan Undangan Negeri ataupun Dewan Rakyat untuk selesaikan. Tok sik, sesetengah wakil rakyat takut nak jengguk rakyat di kampung ngan rumah panjang. Maklum takut diminta projek, malas nak berjalan dan sesetengahnya kedekut nak ngeluar duit. Nak mukak pusat perkhidmatan pun banyaknya sik ada. Arap ngan sidak pengerusi parti kawasan ajak nak jaga kawasan. Kelak mun ada sidak kampung bising dikit, katanya sidak tok nak lawan perintah. Sidak tok pembangkang. Apa-apa projek diberi perintah melalui jabatan ngan agensi kerajaan ditahan ataupun disuruh tarik balit. Apa tok? Tok nak nyuruh urang lari nyokong kah? Sepatutnya beri ajak apa-apa projek yang nya dapat. Jangan suruh urang marah, lalu sik nyokong sidaknya. Urang pande berpikir bah. Mun wakil rakyat penyabar, mesra ngan nulong rakyat, sapa sik sayang YB. Saya tok pun sik mauk YB ya diganti. Eh! banyak cerita dah didengar dari rakyat tentang YB tok. Lain kali lah saya cerita agi. Ngantuk dah mata tok. Rehat, tidur dolok. Minta maaflah bukan nak nganok sapa-sapa. Tapi tok pengelaman saya.

Monday, September 28, 2009

ASAM GARAM POLITIK KITA DI SARAWAK

Sejak negeri kita Sarawak menyertai Malaysia, sebenarnya banyak pembangunan ngan kemajuan udah kita capai. Eboh dicerita panjang, sama-sama kita dah ndiatnya. Kita patut berterima kasih ngan kerajaan pimpinan dolok ngan kerajaan kinek tok. Dolok pendapatan negeri sik banyak, kuranglah dikit pembangunan. Tapi kinek tok pendapatan negeri banyak, banyak pembangunan udah dipolah perintah. Memang kita akui, sik semua tempat membangun dan maju sepenuhnya macam Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan lain-lain agi bandar di Sarawak. Ada yang mengeluh, katanya sejak 45 tahun menyertai Malaysia, kampung kamek sik da pa-pa. Masih jua sik da api letrik, air paip ngan jeraya. Eh! Masih beperauk masih berjalan kaki juak. Mun da duit lebih dikit, beli jenerater, dalah api letrik, mun sik da, pake api bateri ngan pelita ajalah. Air minum gia jua, minum air ujan. Mun musim kemarau, kering tangki air. Mun bini nak beranak tok, yarabi sakit benar rasa. Mun kena musim landas, sikla dapat nak keluar. Gelumbang besar. Mun air kering susah juak, perahu sik dapat dihulur. Yalah, kadang-kadang terpaksa beranak di kampung aja. Mun dikenang, susah hidup di kampung ngan rumah panjang tok, lebih-lebih agi mun nya jauh ari urang. Yalah, udah idup macam tok selama-lama tok, biasa dah rasanya.

Memang benar kata-kata sidak tok, tapi nelah perintah dapat meri pembangunan ngan kemajuan secara serentak ngan semua kawasan. Ada kawasan maju dikit dari yang lain. Mun kawasannya mauk dimasuk macam sidak ladang, dapatlah tanah sidak dimaju dan ditanam kelapa sawit. Macam sidak SALCRA ngan banyak agi ladang-ladang sidak swasta. Baruklah kawasan tok dapat masuk jeraya ngan lain-lain agi kemudahan.

Yalah, mun kita pikir panjang-panjang siklah kita tok susah gilak macam dolok. Kinek tok kita ada sekolah, semua anak kita bersekolah. Mun anak urang susah, kinek tok semuanya pree, sik berbayar. Malah diberi duit KWAMP- duit bantuan persekolahan nebiak. Buku pree, tes pun pree. Eh! Mun kira semua pree. Nang perintah kebajikan negeri kita tok. Udah tek, kesihatan kita pun pree. Bayar seringgit aja, mun kita pegi hospital perintah. Mun kita berkebun, sidak Jabatan Pertanian nulong kita. Beri sidak benih, baja, subsidi, termasuk tunjuk ajar. Mun kitak nelayan nangkap ikan, bantuan enjin, perengka tangkap ikan ngan subsidi diberi. Eh! Mun dikira semua diberi bah. Rumah kitak sik kena banjir pun diberi perintah bantuan banjir. Banyak sidak nipu macam ya. Bait gilak berintah tok. Yalah sebabnya kita tok terlalu manja dengan perintah. Mun sik diberi perintah bantuan, kita tok merajuk. Sik mauh sokong perintah, nak sokong pembangkang. Apa dah pembangkang beri ngan kitak. Belum ada. Baru cakap-cakap aja. Belum tentu sidak tok dapat mentadbir negeri. Bukan keja senang ya. Ada ijazah bukan ertinya pande jadi pemimpin. Kelak muflis negeri ngan negara kita. Sidak membangkang dolok pun banyaknya mendapat bantuan kerajaan. Tapi sidaknya sengaja sik ingat aja. Lebih-lebih agi kita tok banyak kaum. Bukan keja senang nak nyatu semua kaum tok. Setakat tok aja, lain masa kita sambung agi. Saya sik nak berhasrat nak tegur sapa-sapa, tapi kenyataannya memang macam tok. Oleh ya, sebelum kita molah apa-apa keputusan, fikir panjang-panjang lah dolok. Jangan dibelakang hari kita mendapat kerugian. Salam sejahtera.