Wednesday, November 18, 2009

Mana salah dan silap kita ?

Mungkin ada yang sependapat. Perintah madah ekonomi dunia meleset. Negara kita sama jua, terkena tempias. Permintaan CUEPAC nak naik gaji ngan bonus dua bulan untuk kakitangan perintah ditolak oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib kononnya bukan masa yang sesuai. Lalu diberinya bantuan RM500.00 untuk setiap kakitangan perintah gred 41 kebawah. Malangnya, sidak gred 44 keatas sik dapat. Kesian, melagus jua sidak tok. Tapi apa boleh buat.. udah macam ya keputusan perintah.

Keadaan ekonomi melecet, banyak juak urang kita tok dibuang kerja. Sapa nak beri makan anak bini? Nak beri belanja emak bapa di kampung ? Apalah nasib rakyat kita ? Yang hairan dan ajaibnya, sidak pendatang tok senang. Negara kita tok katanya ”syurga” – tempat sumber rezeki. Maka datanglah Indon, Bangla, Pilipin, eh! macam-macam agi. Ada yang hitam, ada yang choklat...... semuanya molah negara kita tok macam negara sidak. Urang kita diberhenti kerja.... urang datang diberi kerja. Diat aja di ladang-ladang sawit, di tempat-tempat pembinaan dan sebagainya, semua kerja diberi ngan sidak tok. Kata YB Lihan di persidangan DUN, kerja mudah jadi ”Jaga” pun diberi ngan sidak bangla. Ne urang kita bah. Sik patut urang kita sik tauk jadi ”Jaga”. Hilang maruah rakyat kita, katanya. Bukan nak nganok urang pendatang, sikda pun manusia, nak cari makan. Hari tok seribu urang diantar sidak imigresen pulang, esok tiga ribu sidak datang agi.

Apa sebenarnya masalah kita ? Tok patut kita tanya diri kita empun. Adakah kita tok sik pande molah kerja ? Sik ada kelayakan ? Kita suka jadi boss aja ? Sik mau kerja berkuli? Mungkin gaji kecik, sik cukup makan ? Ataupun sidak kompeni sik mau ngambik urang tempatan, takut dipinta gaji mahal ? Sidak pendatang, banyak yang mauk kerja walaupun diberi gaji murah. Bukan apa, kerana nak cari sesuap nasi.... maklum susah nak keluar kesine-sine kerana sikda pasport. Mun tertangkap dihantar pulang ke negara asal.

Yang kesiannya anak-anak kita tok. Banyak sidak tok mengganggur – sikda kerja. Susah-susah ati, minum arak cap apek ...cap rusa.... , hidu gam, akhir akhirnya hisap dadah. Mun nak dikata urang kita malas, sik mauk kerja berat, sik patut. Dolok, masa kem-kem balak banyak dibuka.. banyak urang kita kerja di kem-kem balak, ditengah utan tebal agi. Diam berbulan-bulan dalam hutan, sikda masalah.

Kerajaan patut pikir jualah. Kerja patut jua di beri ngan sidak ngikut pemande sidak. Mun nya sekolah setakat darjah enam, tok kerja ngan gaji sidaknya. Mun sidak tingkatan tiga ngan tingkatan lima, tok kerja ngan gaji sidaknya. Mun diploma ngan universiti tok kerja dan gajinya. Mun sidak dah kerja baru beri kursus ngan kemahiran. Semua tok boleh dibelajar. Mun dikira pemande, urang datang ya bukan semuanya pande. Kadang-kadang lebih teruk agi dari urang kita. Mun syarikat atau kompeni kita empun, tolong-tolonglah ambe urang kita empun bekerja. Berilah keutamaan ngan sidaknya. Sik patutlah negara kita makmur, syarikat ngan kompeni untung, rakyat tempatan sik dapat diberi gaji tinggi. Kongsilah nikmat kekayaan ngan rakyat kita empun. Jangan seumpama ”anak di rumah kebuluran, kera di hutan disusu-susukan”. Catatan tok bukan nak nganok mana-mana pihak. Minta maaflah mun nya nguris perasaan kitak. Tujuannya untuk kita fikir bersama. Sekian.

No comments:

Post a Comment