Sunday, November 8, 2009

Ertinya “anak negeri” mengikut Perlembagaan Persekutuan

Baru-baru tok kita heboh nengar kisah Marina Undau. Kesian Marina sik dapat masuk IPTA walaupun keputusan SPMnya cemerlang. Alasan sidak Kementerian Pelajaran di Putrajaya nulaknya tek kerana hal yang ada kaitan ngan erti ”anak negeri’ ataupun ”bumiputra”. Emak Marina berketurunan Cina. Bapanya berketurunan Iban Sarawak. Jadi apakah bangsa Marina ? Toklah mungkin menjadi pokok persoalan yang perlu dicari jawapannya.

Pagi tek sengaja nak bukak buku Perlembagaan Persekutuan, terbitan MDC Publishers Sdn. Bhd., edisi 2008. Mengikut buku perlembagaan, perkara 161A, (6), (a), berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam pasal (7) sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu.

Fasal (7) Ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak bagi maksud takrif ”anak negeri’ dalam pasal (6) ialah Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah ( termasuk Sabup dan sipeng ), Kajang ( termasuk ( termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong ada Kanowit, Lugat, Linsum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabut, Ukit.

2 comments:

  1. Mau dipinda perlembagaan ia.. undang-undang manusia bila-bila boleh diubah.

    ReplyDelete
  2. Betul ya. Kinek tok pun Marina dah disahkan oleh sidang DUN Sarawak sebagai "bumiputera". Dah masuk universiti pun.

    ReplyDelete